Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Vacation tickers

Saturday 6 November 2021

Kembara Otak Seminit ke Dalat (January 2019)



Assalamualaikum...

Hye korang..Entry kali nie Elle nak berceloteh tentang "Kembara Geng Otak Seminit ke bumi Dalat.
Hehe...Jom Layan...


9.30 pm (Friday - Day 6) : Dalam tengah asyik melayan sushi dengan kawan2 di 'Yen Sushi & Sakae Pub', tiba2 Elle dapat panggilan daripada Yaya. Asal nyer pagi tadik kitorang planned nak ke Mui ne malam nie, tapi x tau pukul brapa agi nak bertolak sebab bergantung pada tiket bas, and Yaya pon just suruh Elle standby jer. Mungkin lewat malam kata nyer. Tup2 Yaya called cakap kiter tukar planned x jadik gi Mui Ne.. tapi kiter gi Dalat. Elle speechless buat seketika, and tiba2 terpacul jawapan "ok, on". Pastu baru Elle kelam kabut sebab takut tak sempat nak balik bersiap. Yer larh, aper pon tak packed agi kan, tup2 pukul 11 dah nak naik bas.

10.00 pm : Selepas makan jer Elle teros bergegas balik ke bilik. Kelam kabut mandi, siap2 dan kemas ala2 backpackers. Hanya capai aper yang patut dan aper yang sempat dicapai jer. Akal fikiran masih terkawal dan dapat berfungsi dengan baik, fikir punya fikir, nasib baik Elle ader bawak sweater skali masa nak datang sini dulu. Yer larh, dengar kata cuaca di Dalat agak sejuk, kang tak pasal2 ader yang demam. Huhu...

10.30 pm : Yaya called dan suruh tunggu kawan dia yang bernama RH dekat lobby hotel dalam masa 10 minit agi.

10.40 pm : Kemas2 luggage yang bakal ditinggalkan sikit2 dan teros bergegas turun ke lobby hotel. Sekarang Elle tercarik2 siapa RH. Yang mana 1 pon Elle tak tau...haha. Yer larh, masing2 tak pernah kenal and jumpe sebelum nie. Then, selang 3 ke 4 minit kemudian ader sorang mamat datang dan tegur, okies..iollss dah jumpe RH. Then kitorang sama2 bergerak menuju ke Citibank Ho Chi Minh

10.45 pm : kitorang berkumpul depan Citibank Ho Chi Minh dan naik teksi untuk pickup Abg. Lan dekat Alagon Hotel dan terus menuju ke kaunter bas.

11.00 pm : kitorang sampai dekat kaunter 'Bas Tido Baring'. Baru nak survey tiket ke Dalat, tup2 dengar kata tiket untuk 6 orang ke Dalat dah habis untuk malam tu. Yang ader pon untuk 8 pagi esok ajer, aduhh..masing2 muka kecewa.

11.13 pm : tanpa berputus asa, abam2 berempat tu try jugak minta tolong dengan awek Vietnam kaunter bas tu untuk cari tiket untuk kitorang berenam untuk malam tu jugak. Alhamdulillah....tiket ader tapi kitorang kena berpecah which is 2 orang kena naik bas pukul 12.00 malam dan 4 orang lagi kena naik bas pukul 12.03 mlm. Okay larh tu, beza pon 3 minit jer. So, tak menjadi masalah sangat untuk kitorang berenam.


Masa nie abam2 berempat nie tengah mencarik jalan macam mana nak dapatkan tiket untuk kitorang untuk malam nie jugak...huhu


Yeaaaa....tiket dah dapat...Sorang kena VND 220000 bersamaan dengan MYR 36.


11.30 pm : kitorang naik shuttle van menuju ke pickup point 'Bas Tido Baring'. Masing2 dah mula excited dah, tak sabar lak rase nyer..haha


Muke excited Geng Otak Seminit tak sabar nak ke Dalat. Semua nyer Elle baru kenal malam nie.



11.59 pm : kitorang sampai dekat pickup point bas


Bergambo dulu sebelum tido. Bukan nak cakap, tapi memang selesa giler naik bas nie.



12.00 am (Saturday - Day 7) : Bas Elle dan Yaya pon mula bergerak. Kitorang dapat katil tingkat atas. Mule nyer takut jugak tak selesa naik bas macam nie, tup2 tengok diorang sediakan selimut dalam bas. Hurmmm...aper lagi, Elle pon keluarkan bantal yang Elle bawak dan kitorang pon tido dengan nyenyak nyer dan bermula larh perjalanan 6 jam kitorang ke bumi Dalat.

5.50 am : Tiba2 tersedar dari tido sebab bas berhenti. Rupa2 nyer kitorang dah pon sampai di stesen bas Ben Xe Lien Tinh Dalat. Masa nak turun bas tu, kaki Elle cramp sebab terlalu sejuk which is cuaca masa tu adalah pada suhu 12°C. Sejuk giler.

6.00 am : Bas abam2 berempat tu pon dah sampai.


Antara view sunrise yang sempat terakam. 



Nie pulak adalah hasil shoot dan editing dari Abg.Mael.


Sesi bergambar sebelum memulakan perjalanan..Hehe


Masing2 menggigil tak tahan sejuk...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

7.30 am : Kitorang ber-6 mula bergerak ke Elephant waterfall which is lebih kurang 30km jarak nyer daripada stesen bas Dalat. Tambang teksi daripada stesen bas dalat ke sini Elle dah tak ingat pulak kena brapa. Nanti klu ingat Elle update lain erk.



Dah macam teletubbies daaa...hahaha
  

Masing2 tengah excited manakala RH pulak asyik melayan pemandangan di sepanjang perjalan...hik..hik..hik






Antara pemandangan sewaktu dalam perjalanan menuju ke ThΓ‘c Voi Elephant Waterfall.


7.50 am : Maka....sampai larh kitorang dekat ThΓ‘c Voi Elephant Waterfall. Masa kitorang sampai nie, memang tak ader saper pon agi di sini. Mungkin masih awal lagi kot gamak nyer. Aper lagi, masing2 pakat berposing sakan dan bermula larh sesi bergambo sampai muntah...hahahaha


Muka excited dan terpegun dengan keindahan ciptaan Allah swt.


Bila geng teletubbies bergambo..haha


Owh yer, korang jangan risau, sekitar kawasan waterfalls nie berpagar, jadi ianya selamat selagi mana korang tak langgar larangan memanjat tu yer..hehehe. Memang tenang sangat bila berada di sini, dengan bunyi2 terjunan air tu..fuhhh...






Bersiap-sedia untuk sesi bergambar dalam kumpulan..


Haha..masing2 dengan keletah masing2. Actually, Elle baru kenal dengan abam2 nie masa trip nie. Tapi, bersyukur sangat sebab diorang nie memang semua nyer sekepala & giler2. Even, baru kenal sehari tapi dah rasa macam dah lama sangat kenal diorang.



  

Macam2 keletah dan ragam semasa bergambar. Tapi, nie larh yang akan disimpan menjadi memori. Suatu kenangan yang terlalu berharga dan terindah yang mungkin tak akan dapat dirasai oleh semua orang. Syukur padamu ya Allah di atas ukhwah yang telah terjalin ini.



Dah puas bergambar dekat sini, kitorang turun pulak ke bahagian yang bawah sikit untuk dapatkan view air terjun yang sempurna. Haha..aduh larh, bile masing2 sepakat, semua keje menjadik..hahah

 

Untuk turun ke bawah nie memang agak mencabar dan tak digalakkan untuk bawak anak2. Nasib baik Elle pakai sports shoe, klu tak melepas larh..huhu




Tadaaa...dah mula nampak air terjun




Percikan2 halus daripada waterfalls..sejukkkk...huhu





Geng Otak Seminit Dalat


Hasil nyer setelah di edit oleh Abg. S'an. Dah nampak macam cover album dah Elle tengok..ngeeee..

 

Antara pemandangan yang dapat di capture untuk dijadikan kenangan.














Hasil editing Abg.Mael.

10.00 am : Setelah penat naik bukit, turun bukit bergambar sana sini, maka perut masing2 pon dah mule menyanyikan lagu keroncong. So, masa untuk kitorang carik kedai makan pulak..hehe. Masa kitorang nak gerak balik tu larh baru kitorang perasan kaunter tiket baru bukak, hurm....dah puas kitorang meronda baru larh kitorang bayar tiket, ingatkan masuk free dah tadik...hahahaha. Tu larh, sampai awal sangat sampai kaunter pon tak bukak lagi...addeh la haiii...

10.10 am : Kitorang gerak dari ThΓ‘c Voi Elephant Waterfall dan menuju ke Kampung Pandan Restaurant. 

11.30 am : Kitorang breakfast merangkap lunch sekali di sini. Memusing-musing jugak larh driver taxi tu bawak kitorang tadik sebab dia pon tak tau lokasi restoran nie. Nasib baik jumpa jugak...huhu




Geng Otak Seminit yang kelaparan..hehehe


1.00 pm : Bila perut  dah kekenyangan dan bateri phone masing2 pon dah penuh, kitorang teruskan perjalanan dengan meronda2 di pekan Dalat nie. Niat nak carik motor untuk di sewa, since motor tak ader kitorang teruskan perjalanan dengan menapak jer. Huhu

1.20 pm : Masa menapak nie larh Elle baru perasan yang masa nie debit card Elle dah xder dalam purse. Dalam hati masa tu hanya Allah jer yang tau. Agak nervous jugak larh sebab semua budget dan duit ader dalam tu (tak termasuk cash on hand). Tapi Elle cuba tenangkan diri dan layankan jer dulu trip nie even masa tu kepala asyik fikir dekat mana Elle letak card Elle tu. Naluri kuat mengatakan yang card tu actually memang tak hilang dan mungkin ada tertinggal di mana2 sebab Elle memang tak keluarkan langsung card tu selepas urusan check in hotel semalam. Then, kitorang singgah di XQ Historical Village Dalat. Dekat sini ada banyak hasil2 seni yang berasaskan lukisan dan jahitan sulam. Aper yang Elle boleh cakap, hasil sulaman di sini memang sangat teliti dan halus sampai diorang boleh jadikan ianya nampak seperti lukisan.



One of lukisan yang ader di sini.


Sambung bergambo kat tepi jalan..hahaha




1.45 pm : Masa nie niat hati kitorang nak ke Railway Station Dalat. Tapi ntah macam mana, kitorang tersesat sampai ke sini. Dah alang2 kitorang dah tersesat tu, aper agi...kitorang sambung pulak bergambo kat Lam Vien Square nie.


Indah sungguh ciptaan Allah swt.


Lam Vien Square nie merupakan tempat beriadah pada waktu petang bagi penduduk Dalat. Di sini larh diorang akan lepak2 sambil bermain layang2, roller blade dan lain2 pada waktu petang.



 

Gigih letak camera jauh2 sebab nak berlatar belakangkan pemandangan tasik yang cantik tadik...haha



Dome berbentuk bunga matahari liar nie pulak klu tak salah Elle adalah mall yang ader kat sini. 







Dan bangunan berbentuk bunga artichoke gergasi belakang tu pulak adalah Cafe DOHA yang ader kat Lam Vien Square nie.


Selepas tu, kitorang sambung menapak lagi untuk mencari Railway Station Dalat.



On the way nak ke Railway Station Dalat, kitorang singgah sekejap di Cong Vien. Di sini, kitorang sambung bergambar lagi. Actually, time kitorang datang nie adalah time yang paling sesuai memandangkan diorang sedang persiapkan bunga2an untuk perayaan TET nanti. Jadik, memang cantik sangat pemandangan di sini dengan hiasan dan bunga2 yang penuh di segenap pelosok bumi Dalat nie.




Geng Otak Seminit bergambar. Baik jer nampak semua nyer, sopan jer masing2 duduk.



Maka, bermula larh perangai dan kenakalan masing2. Dah mula dengan idea untuk amik pose melompat atau acah2 berlari menuju ke kamera. 1st trial...kitorang fail sebab timing dan motion tak seiring.




Dan..cubaan demi cubaan diteruskan..sehinggalah...


Saat di mana RH jatuh berguling semasa melompat turun. Masa tu kitorang masing2 speechless dan terpinga-pinga tak tau nak buat aper, dan sesaat kemudian masing2 ketawa berdekah sebelum Abg.Lan menghulurkan pertolongan pada RH. Aduhh laa...bukan nyer kitorang nie kejam sangat sampai tak kesiankan kawan yang jatuh, tapi situasi masa tu memang kelakar giler...sampai sekarang kitorang masih ketawa berdekah bila teringatkan peristiwa tu...Haha...



Abg. Lan yang cuba untuk menghulurkan bantuan.



Tengok larh perangai masing2 klu boleh ketawakan member sendiri...Haha..

2.30 pm : Finally..sampai jugak kitorang ke tempat yang di tuju. Berjaya jugak kitorang jumpa Railway Station Dalat nie. Wokies, kenapa kitorang beria2 mencari stesen keretapi Dalat nie? Klu korang nak tau, Railway Station Dalat merupakan satu port yang paling wajib korang pergi klu korang datang ke bumi Dalat nie. Nak tau sebab aper? Sebab nyer ialah.... Dalat Railway Station nie adalah antara stesen keretapi yang tertinggi dan tertua di bumi Vietnam nie. Ianya dibuka pada tahun 1938 oleh 2 orang arkitek. Haaa....rugi tau klu korang tak datang tempat2 dan bangunan2 yang  bersejarah macam nie. Bukan senang kita nak tengok hasil peninggalan sejarah negara orang secara real kan..huhu


Alhamdulillah...akhir nyer berjaya jugak kitorang sampai railway station nie



Haaa...nie larh bangunan peninggalan sejarah yang masih bergerak aktif.


Geng Otak Seminit yang tak nak melepaskan peluang bergambar bersama di hadapan bangunan lama tersebut.
   

Tak terlepas jugak peluang untuk bergambar atas keretapi.





 



 Muka blurr yang berjaya dirakamkan Abg. S'an...hahaha


Geng Otak Seminit yang sentiasa happy sepanjang perjalanan hari nie...huhu


Dan....tak lupa juga cenderahati untuk rakan-rakan seperjuangan apabila balik Malaysia nanti..huhu

3.00 pm : Then kitorang teruskan perjalan untuk ke Datanla Waterfall pula. Owh yer, jarak antara Dalat railway Station nak ke Datanla Waterfall nie actually xder larh jauh mana pon sebenar nyer. Lebih kurang dalam 6 km mcm tu jer, klu korang naik kereta.. dalam 10 minit sampai larh ke Datan La Waterfall nie. Rugi tau kalau korang tak datang sini bila berada kat bumi Dalat nie. Sebab...pengalaman naik roller coaster kat sini memang terbaikkkk dan takkan korang dapat kat lain-lain tempat...huhu



Masing-masing dah tak sabar nak naik roller coaster. Btw, tiket untuk naik roller coaster kat sini berharga VND 150,000


Sampai masa untuk Elle & Yaya untuk bertolak..yahuuuu










Kitorang kat Datan La Waterfall nie actually tak lama. Usai bergambar dan menunaikan solat, maka kitorang pon meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya. 

4.00 pm: Kitorang bergerak pula ke Crazy House Hang Nga. Crazy House Hang Nga nie jugak merupakan satu lagi tempat yang wajib korang lawati klu ke Dalat. Tapi ingat tau...jangan lama2 sangat kat sini...nnt kang boleh crazy gak korang dibuat nyer..ngeh3..


Halamak...Elle tak sempat nak ready agi diorang dah snap dulu..addeh 





Wahhh...unik giler kan reka bentuk Crazy House nieh..tak sabar rasa nak masuk..










Fefeeling under the sea jap dulu πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Erh..erh..ader paparazzi larh..haha









Muka semput kena naik tangga banyak sangat..haha








"Setinggi mana pon kita mendaki, sesekali pandang larh ke bawah" Ecewahh...menggigil lutut jugak weihh biler pandang ke bawah...haha




Ihsan gambar Crazy House Dalat daripada Abg. Mael. Last but not least, kitorang pon bergerak ke Valley Of Love. 


Tapi, malang nyer bila kitorang tiba, Valley of Love dah pon tutup sejam yang lalu. Yer larh, memandangkan hari pon memang dah lewat petang dan jadual backpack kitorang pulak memang padat giler hari nie. So, kitorang cuma sempat bergambar di hadapan pintu masuk Valley of Love ajer larh. Agak kecewa jugak actually, yer larh.. Elle dan Yaya dah berangan nak bergambar kat sini.. tup2 udah tutup larh pulak..huhu. But, its ok...at least ader gak kenangan datang sini walaupon cume sempat sampai depan pintu masuk dia ajer..hehe..chill

6.30 pm: Then, kitorang pon bergerak ke Restoran Halal Fatimah untuk makan malam dan solat. 


Haa..nie larh Restoran Fatimah yang Elle sebut tadik. Makanan kat sini boleh tahan sedap jugak rasa dia. 

8.00 pm : Usai makan dan solat, maka kitorang pon bergerak ke stesen bas Dalat. 
9.00 pm : Bas bergerak daripada Dalat ke Ho Chi Minh. Dan..kali nie kami dah tak terpecah lagi, berenam dalam satu bas.


3.00 am (Sunday): kami tiba di bandar Ho Chi Minh & bergerak balik ke hotel/bilik masing2. Maka...tamat larh kembara backpackers geng otak seminit. Owh yer, masa dalam perjalan nk balik ke bilik hotel tadik, nie larh first time Elle tengok Malaysian Street lengang jerk. Selalu nyer memang penuh dengan peniaga dan pelancong. Perghh... pengalaman yang xkan dapat Elle lupakan sampai bila2.






Copyright@ Hasil Nukilan Elle Lyana