Internet of Things (IoT) telah dicetuskan semasa tahun 1999 oleh Kevin Ashton. Beliau merupakan pengasas bersama Makmal Auto-ID di Institut Teknologi Massachusetts yang juga dikenali sebagai MIT. Kevin Ashton pada ketika itu telah merungkaikan bagaimana tercetusnya evolusi Internet of Things (IoT) melalui penambahan pengesahan frekuensi radio dan sensor lain kepada barang-barang kegunaan harian. Di mana, pada ketika itu Internet of Things (IoT) bermakna menggunakan Internet untuk memperkasakan komputer agar dapat merasakan dunia sendiri. Kini, Internet of Things (IoT) merupakan konsep yang merujuk kepada keupayaan pelbagai rangkaian peranti fizikal yang dapat dihubungkan antara satu sama lain melalui rangkaian Internet. Ianya berupaya untuk menggabungkan, menggantikan dan menguraikan data untuk meningkatkan kecekapan, produktiviti dan pengalaman pengguna. Di Leo Baby Cat Hotel & Spa, kami menggabungkan teknologi canggih Internet of Things (IoT) dalam perkhidmatan kami dengan menggunakan penghawa dingin pintar, kamera keselamatan bersepadu, bekas makanan kucing automatik, dan tandas kucing automatik. Semuanya direka untuk memastikan keselesaan dan keselamatan maksimum untuk kucing kesayangan anda.
https://www.techtarget.com/iotagenda/definition/Internet-of-Things-IoT

No comments:
Post a Comment