Sunday, 6 October 2024

Profil Syarikat: Leo Baby Cat Hotel & Spa


    Leo Baby Cat Hotel & Spa merupakan destinasi percutian mewah dan canggih untuk kucing kesayangan anda yang terletak di Pulau Pinang, Malaysia. Kami menggabungkan teknologi moden dengan penjagaan teliti untuk menyediakan perkhidmatan penginapan dan spa yang tiada tandingannya. Dengan peralatan canggih seperti CCTV, Litter Box Automatik, dan Feeder Automatik, kami memastikan kucing anda menikmati perkhidmatan yang selesa dan bersih sepanjang penginapan mereka.

    Leo Baby Cat Hotel & Spa diasaskan pada tahun 2020 oleh Elle Lyana, Leo Baby Cat Hotel & Spa dilahirkan dari gabungan cinta kepada kucing dan keghairahan terhadap teknologi. Elle, yang merupakan pencinta haiwan sejati, terinspirasi untuk mencipta sebuah tempat di mana kucing boleh mendapatkan penjagaan tanpa stress dalam persekitaran yang moden dan selamat.

Visi kami adalah untuk menjadi destinasi utama bagi pemilik kucing di Asia Tenggara yang mencari penginapan dan penjagaan kucing yang moden dan lengkap dengan teknologi yang moden dan terkini.

Manakala misi kami pula adalah untuk menyediakan perkhidmatan kelas pertama yang mengutamakan keselesaan dan keselamatan kucing melalui penggunaan peralatan moden dan tenaga kerja yang berdedikasi.


2 comments:

Copyright@ Hasil Nukilan Elle Lyana