Robot autonomi merupakan robot yang di cipta dan dibangunkan untuk berinteraksi dengan persekitarannya sendiri dan berkeupayaan untuk menjalankan tugas dalam jangka masa yang lama dengan fungsi-fungsi tertentu secara bebas tanpa penglibatan manusia secara langsung. Robot autonomi kebiasaannya dilengkapi dengan ciri-ciri yang canggih seperti gabungan sensor, perisian dan algoritma kecerdasan buatan yang dapat membolehkan mereka untuk mentafsir dan memahami persekitaran fizikal supaya keputusan dapat di buat dan sekali gus melaksanakan tindakan yang diperlukan dengan mengautomasikan elemen penyelenggaraan dan tetapan yang telah ditetapkan seperti mana yang telah dilakukan oleh manusia sebelum ini. Robot autonomi mempunyai keupayaan yang lebih besar dan diyakini dapat bantu meningkatkan daya saing, produktiviti dan keuntungan sesebuah syarikat atau organisasi. Di Leo Baby Cat Hotel & Spa, robot autonomi digunakan untuk kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan untuk memastikan persekitaran yang sentiasa bersih dan selesa untuk kucing anda sepanjang masa. Dan, di bawah merupakan petikan lain berkenaan fungsi video robot penghantaran makanan autonomi terkini.
Pautan lain berkenaan Robot Autonomi:
https://www.buletintv3.my/detik-niaga/sistem-robot-mudah-alih-pertingkat-automasi-perindustrian/
https://my.reemanrobot.com/delivery-robot/food-delivery-robot/autonomous-delivery-robot.html

No comments:
Post a Comment